24.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Pemuda UMNO harap hubungan dengan PAS dipertahankan

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Pergerakan Pemuda UMNO tetap menaruh harapan tinggi agar hubungan baik dan permuafakatan antara UMNO dan PAS dalam kerangka Muafakat Nasional akan terus diperkukuh dan dipertahankan.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyuarakan pendirian itu setelah tular video sebahagian petikan ucapannya dengan barisan kepimpinan dan jentera Pemuda UMNO Terengganu yang memberi gambaran seolah olah hubungan UMNO dan PAS makin terlerai menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

Beliau menjelaskan, harus difahami bahawa konteks dan latar keseluruhan ucapan saya dalam program tertutup tersebut tatkala menerangkan tentang keperluan jentera Pemuda UMNO untuk bersiap-siaga berhadapan dengan PRU-15 ‘kalau ditakdirkan UMNO terpaksa masuk ke gelanggang sebagai Barisan Nasional (BN) melawan PAS.

Sebagai Ketua Jentera Pemuda BN dan UMNO, Asyraf Wajdi berkata, sudah tentu beliau perlu mempersiapkan minda pemuda tentang beberapa kemungkinan senario yang boleh berlaku menjelang PRU, berasaskan fakta-fakta semasa seperti berikut:

  1. Keputusan terkini Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang telah memutuskan hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam PRU-15 akan datang;
  2. Jika keputusan tidak bersama PPBM ini kekal, persoalan pokok adalah bagaimana pula pendirian PAS yang kini menjadi salah satu komponen dalam Perikatan Nasional (PN)?
  3. Apakah PAS masih mahu mengekalkan kesepakatan dengan BN melalui MN atau terus bersama PN menghadapi PRU-15?

“Apa jua senario di atas, sudah tentu Jentera Pemuda BN perlu bersiap-siaga untuk hadapi apa jua kemungkinan termasuk bersendirian sebagai BN,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Transkrip rakaman video yang tular tersebut adalah seperti berikut:

Advertisements

“Dengan 620 dan lebih tempat ataupun lokasi sanitasi dengan kiraan jam lebih 500 jam saya rasa ini satu yang luar biasa bagi sebuah negeri yang hanya ada 8 bahagian.

“Dan saya kira ini satu perkara yang cukup membanggakan dan memberikan satu isyarat bahawa jangan main-mainlah dengan UMNO Terengganu ini.

“Kalau betul dia nak berhadapan dengan peperangan sebenar yang selalu Datuk Seri Dr Ahmad Said sebutkan dalam Biro Politik dan sampaikan secara jelas kepada barisan kepimpinan UMNO Pusat bahawa UMNO Terengganu kalau dibunyikan semboyan dan dipalu gendang perang kalau ditakdirkan kita terpaksa masuk dalam gelanggang, dalam keadaan kita sebagai Barisan Nasional dan melawan PAS sebagai Kerajaan Negeri, UMNO Terengganu sudah bersiap siaga.

“Dan kalau saya menyaksikan kehadiran ramai Pemuda-Pemuda malam ini dalam keadaan malam cuti saya rasa apa yang selalu diuar-uarkan yang disebut-sebut oleh Datuk Seri Pengerusi UMNO Negeri saya rasa yakin dan sudah tentu saya akan menjadi orang pertama yang akan menyokong dan akan mendokong apa juga yang dihasratkan oleh kepimpinan UMNO Negeri Terengganu.

“Fokus kita, sepertimana telah kita kata tadi, kita harus bersiap siaga sekiranya dipalu gendang perang ini pada bila-bila masa dan pada waktu itu saya boleh meletakkan sepenuh kepercayaan dan keyakinan kepada barisan Pemuda-Pemuda dan Skuad Sabil Negeri Terengganu, jadilah negeri yang pertama yang masuk gelanggang dengan penuh semangat dan insya Allah tatkala kita mendengar keputusan PRU ke-15 nanti Negeri Terengganu insya Allah akan kembali kepada UMNO dengan semangat yang ada di kalangan pejuang-pejuang muda di Negeri Terengganu.” – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan