29.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Kerajaan kaji saranan benarkan pencarum keluarkan dana Akaun 1

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan bersedia mengkaji cadangan membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dari akaun satu untuk membantu rakyat yang menghadapi kesusahan dan yang benar-benar memerlukan.

Katanya, perkara itu telah dibincangkan bersama Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

“Kita pada dasarnya bersetuju dan bersedia untuk mengkaji cadangan bagaimana kita dapat membantu rakyat yang menghadapi kesusahan dan mereka yang benar-benar memerlukan.

“Sama ada mereka ini boleh kita benarkan untuk keluar peruntukan dari akaun satu – yang biasanya kita tahu ia adalah untuk jangka masa panjang apabila umur mereka sudah tua atau apabila tidak ada duit. Jadi reaksi awal kita adalah seboleh mungkin, jangan sentuh wang itu.

“Ya, mereka menghadapi keadaan yang amat susah, sebab itu belanjawan nanti kalau ditunggu mungkin ada pemberian dan bantuan yang kerajaan sampaikan.

Advertisements

“Kalau itu dianggap memadai, tidak perlu keluarkan wang yang telah disimpan (akaun 1 KWSP) itu,” katanya pada sesi Wawancara Khas Pra-Belanjawan 2021 bersama media secara maya hari ini seperti dilapor Astro Awani.

Jelas Perdan Menteri, Kerajaan sudah melaksanakan kelonggaran berhubung KWSP, khususnya membenarkan caruman pekerja dikurangkan daripada 11 peratus kepada 7 peratus dan juga i-Lestari yang membenarkan pengeluaran daripada Akaun 2 sebanyak RM6,000 seorang.

“Hampir 70 peratus daripada ahli KWSP memilih untuk mengurangkan caruman pekerja 11 peratus ke 7 peratus yang kini menyumbang kepada meningkatkan pendapatan boleh guna (disposable income) sebanyak hampir RM700 juta sebulan.

“Pada masa yang sama, lebih daripada 30 peratus ahli KWSP mempunyai simpanan KWSP kurang daripada RM5,000 dan dengan itu, simpanan KWSP tidak semestinya dapat menangani masalah aliran tunai pencarum KWSP,” katanya.

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan