33.6 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Malaysia hanya selamat jika Dr Mahathir PM – Najib

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – “Malaysia hanya selamat jika dia PM ( Perdana Menteri),” demikian hantaran Facebook Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini yang menyindir bekas perdana menteri keempat dan ketujuh,  Tun Dr Mahathir Mohamad.

Najib berkata, beliau percaya Dr Mahathir mempunyai tanggapan Malaysia dalam bahaya jika lain orang jadi perdana menteri.

Beliau menjelaskan, semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH), belanjawan kerajaan pada tahun 2019 adalah sebesar RM314.5 bilion namun bajet itu dianggap tidak akan membankrapkan negara.

‘Bagaimanapun belanjawan dengan saiz RM322.5 bilion untuk tahun 2021 atau cuma 2.5 peratus lebih besar dari bajet 2019 Di bawah PN (Perikatan Nasional) untuk menyelamatkan negara daripada krisis Covid pula dianggap akan bankrapkan negara.

“PH tambah hutang negara RM140b dalam 22 bulan tak bankrapkan negara. PN tambah hutang negara untuk lawan krisis Covid akan bankrapkan negara.

“Malaysia hanya selamat jika dia PM. Malaysia dalam bahaya jika lain orang jadi PM,” tulis Najib, hari ini.

DR MAHATHIR MOHAMAD

Semalam, Dr Mahathir dilaporkan bimbang kerajaan perlu meminjam untuk melaksanakan belanjawan yang dibentangkan Jumaat lalu.

Menurutnya, jika itu berlaku, dianggarkan dapat meningkatkan hutang kerajaan kepada RM1.3 trilion.

Advertisements

“Itu banyak wang. Sekiranya negara gagal membayar pinjaman, kita mungkin muflis,” katanya dalam blog beliau.

Dr Mahathir memberitahu, belanjawan tersebut adalah yang terbesar iaitu kerajaan membelanjakan RM322.5 bilion.

“Saya bukan pemodal. Tokoh-tokoh besar ini sangat membingungkan. Nampaknya Kerajaan akan memasukkan wang ke dalam saku semua orang, kaya dan miskin, bekerja dan menganggur.

“Soalan yang ingin saya ajukan adalah dari mana wang itu akan datang. Defisit tersebut dikatakan sekitar RM85 bilion. Ia lebih besar daripada anggaran pembangunan RM69 bilion.

“Kita tahu bahawa wabak COVID-19 telah memberi kesan buruk kepada ekonomi. Walaupun industri sarung tangan telah berjalan dengan baik tetapi Petronas dan Pelancongan, dua penyumbang terbesar pendapatan Kerajaan, telah menghasilkan prestasi yang sangat buruk.

“Semua industri lain mengalami teruk. Saya rasa pendapatan dan cukai korporat tidak akan sama dengan 2/3 daripada angka biasa pada waktu biasa,” katanya.

Sehubungan itu, Dr. Mahathir mencadangkan agar kos pengurusan dan pembangunan dipotong. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Giliran calon PH tayang keputusan UPSR, SPM

SELEPAS calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut menayangkan sijil akademik pengajiannya, kini giliran calon Pakatan Harapan (PH) pula...

Lagi Artikel Berkaitan