24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Suap RM100, Mahkamah denda warga Singapura RM10,000, penjara dua minggu

Mesti Baca

JOHOR BAHRU – Cubaan seorang lelaki warga Singapura merasuah penjawat awam sebanyak RM100 membawa padah selepas Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhi hukuman penjara dua minggu dan denda RM10,000.

Hakim, Kamarudin Kamsun menjatuhkan hukuman itu ke atas Yong Boon Tao, 43, selepas dia mengaku salah atas pertuduhan itu.

YONG BOON TAO

Memetik Harian Metro, Boon Tao yang juga pengarah sebuah kilang plastik mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan hakim.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh memberi suapan wang tunai RM100 kepada seorang Penolong Penguasa Imigresen di Bahagian Pemeriksaan Bas di Bangunan Sultan Iskandar di sini, Sabtu lalu.

Advertisements

Ia sebagai dorongan supaya pihak berkuasa tidak mengambil tindakan undang-undang ke atasnya yang melanggar Skim Pelaksanaan Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) yang boleh diusir menggunakan Notis Penolakan Masuk (NTL), pukul 9.40 pagi, 24 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 24(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan didenda sehingga lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.

Tertuduh kemudiannya membuat pengakuan bersalah terhadap pertuduhan pilihan hukuman yang dijatuhkan mahkamah.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM, Mahirah Mohd Pauzi manakala tertuduh diwakili peguam Hazza Khalid.

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan