24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Majoriti tipis Parlimen, Shabery cadang lancar ‘serangan Subuh’

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dicadang melancarkan ‘serangan awal sebelum Subuh’dengan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) serentak dengan Pilihan Raya Negeri Sabah dan Sarawak.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengemukakan cadangan itu selepas beliau bimbang dengan majoriti tipis yang diperolehi kerajaan PN setiap kali pengundian Parlimen diadakan.

“Pilihan Tan Sri Muhyiddin Yassin sama ada terus berusaha lagi mendapatkan sokongan ahli-ahli Parlimen atau bubar sahaja Dewan Rakyat seperti Sabah.

“Ramai berpendapat, alang-alang nak adakan PRU kilat, baik diserentakkan dengan Sabah bulan depan yang mana Sarawak pun boleh ikut sama. Ada penjimatan di situ.

“Lagi pun PH pun tak berapa sedia. Pejuang pun baru nak asah tajinya di Slim. Serangan awal sebelum subuh lebih menggemparkan,” katanya di Facebook.

Ahli Parlimen Kemaman itu menegaskan, buatlah apa pun, kerajaan hanya dapat sokongan 111 daripada 222 jumlah kerusi yang ada di Dewan Rakyat, itu sudah maksimum dan tidak berubah sejak usul pengosongan Speaker Dewan Rakyat sebelum ini.

Advertisements

Jelas beliau, pengundian bajet tambahan semalam pun sama dengan lebih banyak pengundian dijangka diadakan pada Oktober dan November ini.

“Kalau bajet tak lulus, kerajaan tak berfungsi. Dengan majoriti tipis, apa pun boleh berlaku. Kalau terus macam ni, pelabur pun lari,” katanya.

ANWAR IBRAHIM

Semalam, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan sama ada kerajaan PN boleh bertahan selepas hanya mendapat sokongan 111 ahli Parlimen dalam pengundian Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2020 di Dewan Rakyat hari ini.

Menurutnya kewibawaan kerajaan PN hari ini sekali lagi menjadi persoalan susulan pertikaian selepas proses undian itu.

Semasa pengundian dijalankan 111 ahli Parlimen bersetuju meluluskan RUU itu, manakala 106 tidak bersetuju ketika lima ahli Parlimen tidak hadir.

Lima ahli Parlimen yang tidak hadir ialah Tengku Razaleigh Hamzah (BN-Gua Musang), Maximus Ongkili (PBS-Kota Marudu), Shafie Apdal (Warisan-Semporna), Wilfred Madius Tangau (Upko-Tuaran) dan Christina Liew (PH-Tawau).

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan