27.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 15, 2025

Tengku Razaleigh perlu berhati-hati dengan kumpulan pendesak

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Tengku Razaleigh Hamzah dinasihatkan berhati-hati dengan kelompok yang mungkin mendesak Ahli Parlimen Gua Musa membuat kenyataan meminta Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberi laluan kepada orang lain dalam kepemimpinan parti tersebut.

Ketika memberikan pandangan itu, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, memandangkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) semakin dekat kelompok pendesak itu sudah pasti mempunyai matlamat tersendiri.

Datuk Nur Jazlan Mohamed

“Tengku Razaleigh kena berhati-hati dengan (kelompok) pendesak beliau kerana mereka juga mempunyai matlamat seperti mengejar menjadi calon dan mengatur diri sebagai bakal menteri, maklumlah UMNO sekarang ini bertambah kuat dan boleh kembali (berkuasa) semula,” katanya di sini.

Ini merupakan komen kedua, Nur Jazlan yang juga bekas Ahli Parlimen Pulai berhubung kenyataan Tengku Razaleigh baru-baru ini yang mahukan Ahmad Zahid dan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkorban memberi laluan kepada orang lain memimpin UMNO.

Sebelum ini Nur Jazlan telah mempersoalkan motif Tengku Razaleigh mengemukakan pandangan tersebut kerana pemilihan parti hanya akan diadakan pada tahun depan dan bertanya apa pula pengorbanan Tengku Razaleigh yang menjadi Ahli Parlimen Gua Musang sejak 46 tahun lalu secara berterusan.

Advertisements

Tengku Razaleigh melontarkan cadangan itu kerana berpendapat kedua-dua pemimpin itu ‘cacat’ dari segi pandangan rakyat memandangkan mereka sedang menghadapi perbicaraan di mahkamah.

Mengulas lanjut Nur Jazlan berkata, beliau meminta Tengku Razaleigh berhati-hati kerana sebelum ini ahli politik veteran itu sudah terperdaya dengan kumpulan yang sama apabila bertanding pemilihan Presiden UMNO pada tahun 2018 kerana diberi keyakinan akan menang.

Sehubungan itu beliau mengingatkan semua pemimpin dan ahli UMNO supaya memelihara kesatuan dalam parti tersebut bagi menghadapi PRU-15.

“Soal kesetiaan kepada Presiden itu, pada saya perkara yang lumrah kerana Presiden sudah terpilih dan pemilihan hanya akan ada diadakan tahun depan.

“Untuk menghadapi piliha raya kesatuan dalam parti meriupakan perkara paling utama, kalau kesatuan dalam parti tidak ada, impian mereka (kelompok pendesak) nak jadi calon atau menteri tak akan tercapai,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tiga langkah Malaysia pastikan ASEAN kekal bersaing

MALAYSIA selaku Pengerusi ASEAN tahun 2025 perlu melaksanakan tiga langkah utama jika mahu memastikan rantau ini terus kekal bersaing. Pensyarah...

Lagi Artikel Berkaitan