29.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 12, 2024

PRK Slim: Blok Bebas Mahathir syok sendiri?

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Kenyataan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Pakatan Harapan (PH) masih belum memuktamadkan parti yang akan mewakili gabungan itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim di Perak 29 Ogos ini agak mengejutkan.

Ini selepas media semalam melaporkan bekas Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia Datuk Marzuki Yahya sebagai berkata, kumpulan yang menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad atau Bersatu Blackout akan meletakkan calon pada PRK itu selepas wakil Majlis Presiden PH menyatakan mereka tidak akan bertanding.

Anwar menegaskan, perkara itu masih dibincangkan oleh PH dan bekas perdana menteri berkenaan, serta keputusan dijangka diumum Selasa ini.

“Adalah agak mengelirukan untuk mengatakan kita (PH) telah menyerahkan kepada mereka (kumpulan Dr Mahathir untuk bertanding). Tidak… rundingan masih berjalan,” kata Anwar, hari ini.

Penjelasan Anwar itu dengan jelas menunjukkan blok Bebas Mahathir seperti syok sendiri dalam membuat keputusan mereka apabila melangkaui keputusan Majlis Presiden PH.

“Kami Bersatu Blackout akan bertanding di PRK Slim. Ini kerana seorang ahli Majlis Presiden PH mesej saya berkata bahawa PH tidak akan bertanding. Mereka tarik diri,” katanya.

Kenyataan Marzuki itu juga dilihat tidak menjaga hati komponen PH lain apabila mengetepikan pendirian PKR Perak yang sebelum ini menyatakan akan meletakkan calon mereka pada PRK berkenaan.

Ketua Penerangan PKR Perak, Muhamad Arafat Varisai Mahamad berkata mereka dalam keadaan bersedia untuk menghadapi PRK itu dan hanya menunggu pengumuman rasmi pucuk pimpinan PKR.

Advertisements

PRK DUN Slim diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, 59, akibat serangan jantung pada 15 Julai lepas.

Ironinya, tindakan Bersatu ‘Blackout’ melangkaui keputusan Majlis Presiden PH bukan pertama kali berlaku.

Sebelum ini, Dr Mahathir mencalonkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai calon Perdana Menteri namun Majlis Presiden tetap mengekalkan Anwar sebagai calon PM.

Ini membuatkan blok Bebas Dr Mahathir bertindak balas dengan keputusan tetap mencalonkan Mohd Shafie dan tidak menyertai mana-mana gabungan.

Tindakan blok Bebas Mahathir itu menunjukkan bibit-bibit perpecahan parti pembangkang semakin ketara di sebalik keputusan undian mengosongkan kerusi Yang Dipertua Dewan Rakyat yang menyaksikan pembangkang hanya dibezakan dengan dua undi iaitu 111 menyokong manakala 109 menolak.

Bersatu Blackout merupakan kumpulan bekas ahli Bersatu yang menyokong Mahathir selepas tidak bersetuju keputusan presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin membawa Bersatu keluar daripada PH pada penghujung Feb lalu.

Selain Dr Mahathir (Langkawi), Bersatu Blackout turut disertai Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Jerlun), Datuk Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu), Maszlee Malik (Simpang Renggam), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muar) dan Datuk Dr. Shahrudin Md. Salleh (Sri Gading). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sze Fei-Nur Izzuddin hidup peluang di Jelajah Dunia Akhir BWF

BEREGU lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani menghidupkan peluang ke separuh akhir Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton...

Lagi Artikel Berkaitan