25.6 C
Kuala Lumpur
Friday, March 24, 2023

Usul undi tidak percaya terhadap PM diterima

Mesti Baca

SPEAKER Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof menerima usul yang dikemukakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk meminta undi tidak percaya terhadap penggantinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, usul di bawah Peraturan Mesyuarat 27(3) diterima untuk dibawa ke mesyuarat Dewan Rakyat pada 18 Mei nanti.

“Satu usul di bawah Mesyuarat 27(3) yang dibangkitkan iaitu: Mengemukakan resolusi untuk membuat ketetapan bahawa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sebagai ahli yang berhormat Pagoh tidak mempunyai majoriti ahli-ahli yang berhormat Dewan Rakyat.

“Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 27 (3) diterima untuk dibawa ke mesyuarat Dewan Rakyat kelak,” katanya pada satu kenyataan hari ini.

Peraturan mesyuarat 27(3) menyatakan sebarang usul hendaklah dikeluarkan tidak kurang daripada 14 hari, kecuali usul yang dikeluarkan atas kapasiti menteri, maka memadai usul itu dikeluarkan dalam tempoh masa 7 hari.

Baca juga:   MOTAC selidik data bagi pembukaan sektor pelancongan

Peraturan sama turut menyatakan “jika Tuan Yang di-Pertua puas hati setelah diterangkan kepadanya oleh seseorang Menteri iaitu bagi faedah orang ramai sesuatu usul itu mustahak dibahaskan dengan seberapa segeranya maka memadailah dikeluarkan pemberitahu itu satu hari sahaja terlebih dahulu”

Sebelum ini, Setiausaha Dewan Rakyat pada 17 April lalu mengeluarkan notis kepada semua anggota parlimen mengenai sidang yang akan diadakan pada 18 Mei ini.

Bagaimanapun, Mohamad Ariff menolak satu lagi usul iaitu sokongan majoriti diterima Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri ditolak oleh Mohamad Ariff.

Baca juga:   Vape bernikotin: NGO desak kerajaan nyatakan pendirian

Usul itu dikemukakan oleh Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menerusi sepucuk surat kepada Mohamad Ariff bertarikh 4 Mei. Surat tersebut tular dalam media sosial hari ini.

Beliau berkata, usul tersebut tidak selari dengan Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan kerana mempertikai kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam urusan pelantikan jawatan Perdana Menteri. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Lagi Artikel Berkaitan