28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Mahkamah tidak sedar media hadir buat liputan kes Nurul Hidayah ingkar PKP

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

KECOH semalam apabila pengamal media yang membuat liputan kes Datuk Nurul Hidayah Ahmad Zahid dan suaminya, Datuk Saiful Nizam Yusoff kerana didakwa ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di diarahkan keluar dari Mahkamah Majistret Putrajaya semalam.

Situasi itu menyebabkan Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia (NUJM), Chin Sung Chew mengeluarkan kenyataan meminta mahkamah menjelaskan tentang larangan liputan media.

Beliau mendakwa tiada alasan diberikan ketika pengamal media diminta supaya tidak membuat liputan di mahkamah terbuka.

Hari ini, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Istana Kehakiman Putrajaya dalam kenyataan media menjelaskan, mahkamah tidak sedar tentang kehadiran pihak media yang membuat liputan pada hari tersebut.

“Oleh itu, tiada isu pihak media dihalang untuk membuat liputan.

“Mahkamah sentiasa memastikan akses kepada keadilan dilaksanakan kepada semua pihak termasuk pihak media,” kata pejabat berkenaan.

Advertisements

Semakan yang dibuat oleh pejabat tersebut juga mendapati tiada larangan untuk media membuat liputan kes itu.

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan menyatakan bahawa keadaan di dalam mahkamah sesak berikutan ada kes-kes lain yang dihadiri pegawai pendakwaan, pegawai polis dan orang awam.

Memandangkan tiada penjarakan sosial, mahkamah telah mengarahkan agar orang awam yang berada di dalam Mahkamah Terbuka untuk keluar bagi memastikan garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dipatuhi.

Benda boleh bawa bincang, buat apa nak kecoh-kecoh. – EDISI9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan