26.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Tiga kilang terbakar, kerja pemadaman giat dijalankan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

USAHA memadamkan kebakaran tiga buah kilang di Kawasan Perindustrian Sungai Puloh, Klang, Selangor giat dijalankan sejak awal pagi tadi.

Difahamkan, kebakaran berlaku bermula dari sebuah kilang membuat jentera sebelum merebak ke kilang ais dan kilang kitar semula bahan komputer bersebelahan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.54 pagi dan tiba di lokasi 10 minit kemudian.

Advertisements

Empat jentera bomba bersama 27 pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

Setakat ini, usaha memadamkan kebakaran masih giat dijalankan dan kebakaran dapat dikawal pada jam 8.11 pagi.

Ujar kenyataan itu, tiada mangsa dilapor terlibat setakat ini dan punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan