26.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024

Dua lelaki dicekup menyamar anggota polis

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

POLIS menahan dua lelaki termasuk seorang penjawat awam kerana disyaki menyamar sebagai anggota polis dan cuba menahan kenderaan orang awam semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya menerima satu laporan berhubung kejadian yang videonya tular di Facebook pukul 1.52 petang semalam.

Susulan itu katanya, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kulai telah memberkas dua lelaki tempatan berumur lingkungan 43 hingga 48 tahun.

“Salah seorang suspek merupakan penjawat awam. Semakan rekod jenayah mendapati salah seorang mempunyai rekod jenayah lampau bersabit kes dadah.

“Pihak polis telah merampas baju pantulan cahaya, beacon light mudah alih, lampu suluh Fenixe 35, headlight dan kereta jenis Honda City,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Beliau berkata, kedua-dua suspek direman di Mahkmah Majistret Kulai pukul 10 pagi tadi.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Ujar beliau, kes juga disiasat di bawah Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967, jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak kurang daripada sepuluh kali nilai barang atau RM100,000 yang mana lebih besar dan tidak lebih daripada dua puluh kali ganda nilai barang atau RM500,000 yang mana lebih besar, atau penjara tidak kurang daripada enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

“Polis Johor menyeru masyarakat agar terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti jenayah dan penyeludupan yang berlaku dan membantu polis bagi mengesan suspek yang masih bebas.

“Polis tidak akan berkompromi dan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak mengikut undang-undang dalam usaha membanteras kejadian jenayah dan penyeludupan serta individu yang menyamar sebagai polis,” tegasnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

‘Bike Week’ Team Selangor bina semangat patriotisme

TEAM Selangor telah menganjurkan program ‘Bike Week’ dalam usaha membina semangat patriotisme sempena bulan Kemerdekaan 31 Ogos dan Hari...

Lagi Artikel Berkaitan