25.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

PM doakan Seri Paduka dilimpahi rahmat Allah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan semoga Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah Allah serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.

Beliau turut mendoakan semoga Seri Paduka kekal qarar memerintah dengan adil dan saksama serta terus berada pada kedudukan paling tinggi dalam Perlembagaan negara.

“Seiring fungsi institusi diraja sebagai pelindung agama Islam dan menjadi lambang perpaduan dan kesejahteraan semua kaum di negara Malaysia yang tercinta.

Advertisements

“Patik dan sekalian rakyat akan terus memberikan ketaatan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada institusi raja berperlembagaan,” katanya dalam hantaran Facebook.

Anwar berkata demikian sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong disambut di seluruh negara hari ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan