33.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Tak tahu siapa ajak Pas – Ahmad Zahid

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

DATUK Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan beliau tidak mengetahui dakwaan kononnya ada pihak daripada Kerajaan Perpaduan mempelawa Pas menyertai mereka.

Beliau yang merupakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, perkara tersebut di luar pengetahuannya dan difahamkan tiada sesiapa yang mahu berbuat demikian.

“Di luar pengetahuan (pelawaan) saya. Saya rasa eloklah mereka (Pas) berkawan terus dengan Bersatu (Parti Peribumi Bersatu Malaysia), jangan perasan ada siapa nak tawarkan dia (masuk Kerajaan Perpaduan),” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Penutupan Karnival Kerjaya MYFutureJobs dan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) 2023 Negeri Perak di Hutan Melintang, hari ini.

Beliau menjawab soalan berhubung laporan media semalam mengenai dakwaan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa beberapa individu menghubungi beliau mengajak mengadakan pertemuan untuk menawarkan parti itu menyertai Kerajaan Perpaduan.

Ahli Parlimen Marang itu dilaporkan berkata, ketika ini, Pas terbuka dengan mana-mana tawaran daripada mana-mana pihak namun tawaran itu perlu tidak lari daripada prinsip, matlamat dan hala tuju Pas. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MB Perlis ditahan SPRM bantu siasatan salah guna kuasa

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli bagi membantu siasatan dakwan salah guna...

Lagi Artikel Berkaitan