26.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

MB enggan ulas tunggakan bil elektrik AKSB, tunggu laporan penuh

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN Kelantan enggan memberi sebarang ulasan berhubung dakwaan tunggakan bil elektrik Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB)didakwa mencecah RM35 juta dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB). 

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, pihaknya menunggu laporan AKSB sebelum mengeluarkan kenyataan mengenai dakwaan tunggakan bil elektrik oleh syarikat tersebut. 

Katanya, perkara tersebut perlu dirujuk dengan pihak AKSB terlebih dahulu.

“Berkenaan tunggakan bil elektrik itu saya perlu terlebih dahulu mendapatkan maklumat terperinci daripada Pengurus Besar AKSB dan Pengerusi Lembaga Pengarah AKSB,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media pada Majlis Sambutan Hari Dapur Hijau Peringkat Negeri di Pantai Tujuh di Tumpat, hari ini.

Advertisements

Semalam, individu bernama Wan Mahussin Wan Zain memuat naik hantaran di Facebook tertera jumlah tunggakan dan bil semasa TNB bagi loji rawatan air milik AKSB.

Semalam, individu bernama Wan Mahussin Wan Zain memuat naik hantaran di Facebook tertera jumlah tunggakan dan bil semasa TNB bagi loji rawatan air milik AKSB.

Pendedahan Wan Mahussin itu dikongsi oleh 109 pengguna laman sosial Facebook.

Pada masa sama ia menimbulkan perdebatan hangat dalam kalangan warganet apabila 496 pengguna Facebook telah meninggalkan komen di status berkenaan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan