25.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

Tiga kelab gergasi Inggeris rebut Mount

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MANCHESTER United menjadi kelab terbaharu berminat untuk mendapat pemain tengah Chelsea, Mason Mount selepas Arsenal dan Liverpool.

Memetik laporan Daily Mail, pengurus United, Erik ten Hag menjadikan Mount sasaran utamanya pada jendela musim panas ini dan mahu perpindahan itu diselesaikan segera.

Masa depan pemain berusia 24 tahun itu di Stamford Bridge tidak menentu dan kini menuju tahun terakhir kontraknya bersama The Blues.

Portal itu memetik sumber daripada United memaklumkan, perbincangan mengenai perpindahan tersebut akan diadakan dalam masa terdekat dan mereka bersedia menawarkan yuran perpindahan sebanyak RM313.5 juta.

Bagaimanapun, jumlah tersebut jauh lebih rendah berbanding nilai RM484.5 juta yang diminta Chelsea.

Advertisements

Kehadiran Mount akan memberikan ten Hag lebih pilihan dalam jentera serangan musim depan sekali gus menamatkan saga panjang Mount bersama Chelsea dalam isu perbincangan kontrak baharu.

Arsenal turut dilaporkan berminat mendapatkan Mount bagi memperkukuhkan skuad bimbingan Mikel Arteta sambil Jurgen Klopp turut mengintai peluang membina semula bahagian tengah selepas melalui musim sukar 2022-23.

Bagaimanapun, difahamkan bakal pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino merupakan peminat Mount dan mahu pemain itu menandatangani kontrak baharu.

Dengan prospek kehilangan Mount secara percuma musim depan, Chelsea bersedia menjualnya pada jendala perpindahan musim panas ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Peranan, tanggungjawab Maritim Malaysia diiktiraf dunia

PERANAN serta tanggungjawab Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah diterima dengan baik dan diiktiraf dunia. Ini dibuktikan apabila Maritim...

Lagi Artikel Berkaitan