27.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Bangunan KWSP terbakar lagi

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

BANGUNAN lama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Gasing, Petaling Jaya, terbakar lagi pagi ini.

Difahamkan bangunan tersebut kini kosong dan tidak berpenghuni dan tiada kecederaan dilaporkan buat masa ini.

Ini merupakan kali kedua dalam tempoh lima tahun kebakaran berlaku di bangunan tersebut selepas terbakar pada 13 Feberuari 2018.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor ketika dihubungi berkata, pihaknya akan memberikan maklumat lanjut berhubung kejadian terbabit.

Advertisements

Setakat ini, kerja-kerja pemadaman api sedang giat dilakukan oleh pihak bomba.

Pada 2018, kebaran dipercayai berpunca daripada percikan api semasa kerja penyelenggaraan sedang dijalankan di tingkat satu bahagian luar bangunan berkenaan.

Ini kerana bangunan enam tingkat berkenaan didapati menggunakan bahan pelapis iaitu ‘polyfoam’ yang mudah terbakar. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan