31.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Sazali Harun dilantik Ketua Pengarah LLM baharu

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

TIMBALAN Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Sazali Harun dilantik sebagai Ketua Pengarah LLM yang baharu.

Pelantikan itu diumumkan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dalam Mesyuarat Pasca Kabinet Kementerian Kerja Raya pada Rabu.

Sazali menggantikan Datuk Mohd Shuhaimi Hassan yang telah bersara pada 8 Mei lalu.

Advertisements

“Tahniah kepada Tuan Ir. Sazali bin Harun, yang telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia yang baru.

“Pengumuman ini saya kongsikan dalam Mesyuarat Pasca Kabinet Kementerian Kerja Raya pada semalam.

“Semoga tanggungjawab baru ini dapat dilaksanakan dengan penuh komitmen dan integriti dan membawa LLM ke tahap yang lebih ke hadapan,” katanya dalam kenyataan pada Rabu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan