29.6 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Wanita maut dipukul abang kandung

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG wanita maut disyaki akibat dipukul abang kandungnya sendiri dalam kejadian di kediaman mereka di Jalan Signal Hill, Kota Kinabalu, Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner, Mohd Zaidi Abdulah berkata, mangsa yang berusia 25 tahun itu disahkan meninggal dunia 10.30 malam Sabtu di Hospital Queen Elizabeth II setelah dua hari menerima rawatan di hospital berkenaan.

“Mangsa ditemui kira-kira 4.50 petang oleh bapanya dalam keadaan tertiarap dan tidak sedarkan diri dengan kesan luka teruk di bahagian muka.

“Bapa mangsa mengesyaki anak lelakinya yang memukul mangsa kerana hanya suspek dan mangsa berada di rumah pada ketika itu,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisements

Zaidi berkata, sejurus selepas laporan dibuat, satu tangkapan dilakukan terhadap abang kandung mangsa berusia 26 tahun di rumah berkenaan serta merampas dua bentuk cincin dipercayai digunakan suspek untuk mencederakan mangsa.

“Hasil saringan ujian air kencing terhadap suspek menunjukkan tiada sebarang kesan pengambilan dadah.

“Suspek telah ditahan reman selama empat hari sehingga semalam untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan,”katanya. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Agamawan perlu hormati bidang kepakaran dan autoriti hukum

Oleh PROF MADYA DR MOHD ANUAR RAMLI MUTAKHIR ini timbul pelbagai isu berkaitan persoalan hukum dan melibatkan para agamawan. Para agamawan...

Lagi Artikel Berkaitan