26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Dua kali Hadi dinasihatkan masuk wad semasa peralihan kuasa

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan proses pertukaran kerajaan Februari lalu sebagai pengalaman paling meninggalkan kesan sepanjang 56 tahun karier politiknya.


Abdul Hadi semasa wawancara bersama portal Malaysia Gazette yang dipetik Malaysiakini mendedahkan, beliau hampir dimasukkan ke wad kerana terlalu bekerja keras untuk memastikan peralihan kuasa berjalan lancar pada ketika itu.


Menurutnya yang terlibat secara langsung dalam proses tersebut, beliau dan rakan-rakan pimpinan politik negara berhempas pulas demi memastikan kejayaan proses itu.


“Ia membuatkan saya tidur tak cukup malah dua kali dinasihatkan supaya masuk hospital.

“Namun kami bekerja dengan penuh semangat hingga berlaku ‘perubahan’ yang sangat menarik (dalam negara), aman, sampai tidak ada satu titik darah pun yang tumpah kerananya,” kata Abdul Hadi.

Detik 24 Februari lalu menyaksikan landskap politik negara berubah apabila Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.

Advertisements

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kemudian mengadakan sesi pertemuan secara berseorangan dengan ahli Dewan Rakyat untuk menilai sokongan dan kepercayaan mereka bagi memilih calon perdana menteri.

Krisis itu berakhir apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dilantik sebagai perdana menteri pada 1 Mac dan kerajaan baharu yang dikenali sebagai Perikatan Nasional (PN) dibentuk.

Abdul Hadi berkata, dalam kemelut politik itu, tanggungjawab yang dipikul mereka antaranya memastikan perpaduan dalam kalangan orang Melayu dan orang Islam itu sendiri tidak terjejas.

“Akhirnya kita berjaya mewujudkan titik pertemuan bagi mengembalikan kuasa politik orang Melayu, Islam yang adil untuk semua.

“Kita juga berjaya mengajak kaum bukan Islam yang tidak esktrim, yang bencikan huru-hara dan pergaduhan untuk bersama kita sehingga tertubuhnya kerajaan Perikatan Nasional,” katanya.

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan