31.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Pemandu e-hailing cerita kisah terima penumpang ‘ghaib’.

Berbau wangi, hilang secara tiba-tiba, dan tinggalkan duit lama, tanpa disedari.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MANA tidak berdiri bulu roma, apabila menerima penumpang baunya wangi semerbak dan peliknya boleh hilang secara tiba-tiba.

Lagi menyeramkan apabila lokasi yang ingin dituju penumpang terbabit adalah tanah perkuburan.

Itulah pengalaman yang dikongsi seorang pemandu e-hailing, Ahsan Ismail yang menceritakan kisah menerima penumpang ‘ghaib’.

Pemandu e-hailing itu mengimbas kejadian yang tidak akan dilupakannya.

“Alhamdulillah pengalaman paling berharga selama saya bawa e-hailing. Dapat tempahan dari Samarahan hantar ke tempat tu. Seorang perempuan berbaju kurung wangi.

Advertisements
Wang kertas lama dan duit siling yang ditinggalkan penumpang misteri. -Foto: FB Ahsan Ismail

“Memang tidak syak apa-apa. Dari mula masuk kereta dia minta buka tingkap…

“Nasib hujan tak lebat”. “Ya…,” itu saja yg keluar dari mulut dia. Sampai je ke tempat tu, saya cakap dah sampai, dia tak berbunyi… Sekali bila tengok belakang orang itu sudah tiada.

“Tuhan je tahu rasanya ketika ini… Tapi tidak mengapa, ini adalah pengalaman paling berharga seumur hidup saya…

“Dia tinggalkan duit RM1, RM2 lama serta duit 5 sen banyak…,” kata pemandu Ahsan menerusi Facebooknya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zii Jia tamatkan kemarau gelaran, juarai Terbuka Thailand

PEMAIN perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia menamatkann kemarau gelaran selama tujuh bulan apabila menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka...

Lagi Artikel Berkaitan