34.5 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Anak Noh Omar sertai Bersatu, dijangka bertanding PRN

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

BEKAS Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar mengesahkan anaknya, Nurul Syazwani sudah menyertai Bersatu sejak Februari lalu.

Noh Omar turut memaklumkan anaknya juga kini memegang jawatan dalam sayap parti itu selepas menyertainya.

“Saya tidak menghalang, itu kehendak dia, dia masuk Bersatu Tanjong Karang Februari lalu dan sekarang telah dilantik menjadi Ketua Srikandi Muda Tanjong Karang,” lapor MalaysiaGazette.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa anak perempuan Noh dijangka bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor di bawah tiket Bersatu.

Advertisements

Laporan itu menyebut Nurul Syazwani akan bertanding di salah sebuah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Tanjong Karang.

Dalam pada itu, Noh juga mengesahkan bahawa anaknya itu tersenarai sebagai salah satu calon yang akan bertanding dalam PRN Selangor menggunakan tiket Bersatu.

“Dia bertanding atau tidak itu terserah kepada pucuk pimpinan PN, tapi yang saya dimaklumkan dia salah seorang tersenarai.

“Tapi kalau dia bertanding tentu saya akan sokong dia,” jelasnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bekas kakitangan Utusan dapat persetujuan Mahkamah Persekutuan

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan