29.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 18, 2024

Kilang proses kelapa musnah dijilat api

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBUAH kilang memproses kelapa hampir musnah dijilat api dalam satu kejadian kebakaran di Taman Desa Country Home, Rawang, malam tadi.

Pengarah Bomba Selangor, Morni Mamat berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 10.30 malam.

Menurut beliau, seramai 28 anggota dan enam buah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Selayang, BBP Rawang dan BBP Batu Arang digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setiba dilokasi, pihak bomba mendapati terdapat sebuah kilang memproses kelapa kelas A bangunan setingkat terbakar.

Advertisements

“Kilang berkeluasan 6096 meter persegi itu telah terbakar 80 peratus,”katanya menerusi kenyataan semalam.

Bagaimanapun, kata beliau, api berjaya dikawal pada pukul 10.58 malam.

“Tiada mangsa yang dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan