26.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 22, 2024

Lelongan kasut Michael Jordan raih rekod RM9.7juta

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

KASUT yang dipakai lagenda NBA, Michael Jordan berjaya dijual pada harga AS$2.2 juta (RM9.7 juta) sekali gus mencatat rekod lelongan tertinggi untuk kasut sukan yang dipakai ketika perlawanan.

Kasut  ‘Bred’ Air Jordan 13s itu dipakai Jordan semasa Perlawanan 2 Pusingan Akhir NBA 1998 ketika memburu kejuaraan NBA keenam dan terakhirnya.

Lelongan itu berjaya dibuat melalui dalam talian sekaligus meletakkan Jordan di kedudukan atlet paling berharga di lelongan pakaian sukan untuk disimpan atau dikumpul.

Advertisements

Jualan ini tutut memecahkan rekodnya sendiri sebanyak $1.5 juta (RM6.62 juta) untuk kasut, yang dibuat pada September 2021.

“Keputusan pemecahan rekod hari ini membuktikan lagi bahawa permintaan untuk koleksi sukan Michael Jordan terus mengatasi semua jangkaan,” kata ketua pakaian jalanan dan barang koleksi moden di Sotheby’s, Brahm Wachter dalam satu kenyataan.

Tahun lalu, salah satu Jordan turut dijual pada harga AS$10.1 (RM44.61 juta), merekodkan bayaran tertinggi pada lelongan untuk mana-mana koleksi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wajah Faisal di Stadium MBPJ kenang peristiwa hitam bola sepak

WAJAH pemain Selangor, Faisal Halim dijadikan hiasan mural pada Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya sebagai mengenang...

Lagi Artikel Berkaitan