26.6 C
Kuala Lumpur
Monday, July 15, 2024

‘Ujian terbesar Ramadan, saya ditolak bodyguard menteri’

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

PENASIHAT Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub berkongsi pengalaman beliau ditolak kasar oleh pengawal peribadi seorang menteri ketika menganjurkan sebuah program baru-baru ini.

Hussamuddin menganggap pengalaman dikasari pengawal peribadi menteri itu merupakan ujian terbesar buat dirinya pada bulan Ramadan kali ini.

“Ujian terbesar saya ramadan kali ini adalah bila saya ditolak dengan kasar oleh seorang bodyguard (pengawal) menteri yang datang ke program di Karangkraf dan saya adalah hos utamanya. 

“Saya dah hoskan ramai sultan, Perdana Menteri, Menteri Besar dan menteri di Karangkraf tak pernah jumpa bodyguard yang overzealous (keterlaluan) begini,” kongsinya di laman Twitter hari ini.

Advertisements

Program Town Hall Rakyat yang dianjurkan oleh Karangkraf merupakan platform interaktif untuk rakyat bersemuka dan bertanya pelbagai isu kepada pemimpin yang diundang.

Setakat ini, tiga menteri yang telah diundang adalah Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan terbaharu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Segmen tersebut diadakan pada setiap hari Isnin dihoskan oleh pelakon popular, Azhar Sulaiman. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PM umum peruntukan RM31.7 juta untuk rancangan Felda

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan kelulusan peruntukan sebanyak RM31.7 juta bagi melaksanakan projek ekonomi tambahan...

Lagi Artikel Berkaitan