30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Tragedi tertidur dalam kereta, 3 sahabat maut, 1 kritikal

Mesti Baca

SEBERANG JAYA – Percutian empat sahabat di Pulau Pinang berakhir dengan tragedi apabila tiga daripadanya meninggal dunia akibat keracunan gas karbon monoksida ketika tidur di dalam kereta di sebuah stesen minyak di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dekat Samagagah, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, ketiga-tiga mangsa itu ialah Sharifah Fariesha Syed Fathi, 21, dan Ayuni Shazwanie Shabri, 21, masing-masing meninggal dunia di tempat kejadian dan Hospital Seberang Jaya (HSJ) awal pagi tadi.

Seorang lagi mangsa, Nor Adilah Mohd Safwan, 21, meninggal dunia pada pukul 4.23 petang ketika dirawat di Hospital Angkatan Tentera Lumut.

Kembar kepada Nor Adilah dilaporkan masih kritikal dan dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad, berkata kejadian berlaku ketika empat sahabat itu berhenti untuk berehat di stesen minyak berkenaan malam tadi.

“Siasatan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati kereta Honda Odyssey yang dipandu pasangan kembar berhenti dan parkir di stesen minyak itu pada pukul 8.30 malam.

“Keempat-empat mereka keluar dari kereta untuk membeli makanan dan masuk semula ke dalam kereta,” katanya yang dipetik Astro Awani.

MANGSA mengambil peluang cuti Hari Malaysia untuk meluangkan masa bersama-sama.- foto ASTRO AWANI

Shafee berkata, kejadian itu disedari oleh bapa Ayuni Shazwanie yang menemui kereta mereka di lokasi kejadian.

Terdahulu, lelaki itu yang tinggal di Kedah keluar mencari anaknya apabila wanita itu tidak pulang ke rumah selepas kali terakhir menghantar mesej kepada ibunya pada pukul 9.15 malam.

Advertisements

“Bapa Ayuni Shazwanie menemui kereta yang dinaiki anaknya bersama rakan di stesen minyak itu dan terkejut apabila mendapati enjin kereta masih hidup namun mereka tidak sedarkan diri.

“Bapa mangsa kemudian menghubungi petugas perubatan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Beliau berkata, semua mangsa berasal dari Sungai Petani dan Gurun, dalam perjalanan pulang ke rumah selepas bercuti di Pulau Jerejak, Pulau Pinang semalam sempena cuti Hari Malaysia.

Katanya, semua mangsa merupakan rakan baik dan belajar di kolej yang sama dalam jurusan farmasi dan kini sedang menunggu hari konvokesyen.

Sementara itu, Nor Jamilah Ahmad, ibu saudara kepada Sharifah Fariesha Syed Fathi berkata, mereka berhenti rehat di stesen minyak itu disebabkan rakan yang memandu kereta pening kepala.

Mengulas lanjut, Nor Jamilah berkata, dia tidak menyangka percutian anak saudaranya bersama tiga sahabat baiknya ke Pulau Pinang berakhir tragedi.

Katanya anak saudaranya itu baru menamatkan pengajian di sebuah kolej dan mahu meluangkan masa bersama mereka sebelum membawa haluan masing-masing.

“Saya diberitahu mereka berhenti rehat di stesen minyak itu ketika dalam perjalanan pulang kerana rakan yang memandu kereta (kini kritikal) tidak sihat, pening kepala dan muntah,” katanya.

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan