25.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Azeez Rahim dilantik Pengerusi KEDA – Zahid

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BEKAS Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim diumumkan sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) yang baharu hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pelantikan Abdul Azeez adalah bagi menggantikan Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang memegang jawatan itu sebelum ini.

“Dahulu KEDA di bawah Jamil Khir dan kerajaan memutuskan jawatan ini diberikan kepada Abdul Azeez.

“Pelantikan ini diharap dapat mengeratkan jalinan agensi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan kerajaan negeri,” katanya ketika berucap pada Majlis Santunan Kasih Ramadan KKDW di Jitra, Kedah hari ini.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan negeri perlu dilaksana tanpa mengira pendirian politik parti masing-masing

Advertisements

Katanya, semua itu demi memastikan permasalahan rakyat dapat diselesaikan segera termasuk yang berlaku di negeri pembangkang.

“Saya yakin ini bukan soal politik, tetapi dasar kerjasama yang bukan retorik. Jika ada jurang sekalipun, kita perlu usahakan untuk merapatkan jurang itu.

“Rakyat mesti merasai sesuatu projek yang dibawa, semua keberhasilan yang dilaksanakan perlu menepati tanda aras kepuasan pelaksanaan di peringkat akar umbi,” katanya.

Beliau berkata, kerjasama itu juga diharap dapat diteruskan tanpa mengira apa juga keputusan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan