27.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Puad doakan Najib di depan Kaabah

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9


AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi yang kini menjalani ibadah umrah di Mekah mendoakan kebebasan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Tanah Suci itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit itu turut mengimbau kembali kenangan menyambut bulan Ramadan bersama bekas Presiden UMNO itu di kondominium Pavilion.

“Teringat berbuka puasa bersama bossku.

“Lima minit lagi waktu berbuka di Mekah. Teringat pengalaman beberapa kali berbuka puasa dengan Bossku di Kondo Pavillion. Kami juga solat tarawih berjamaah. 

Advertisements

“Sedih kini beliau berbuka puasa tanpa teman teman. Saya terus berdoa pembebasan beliau di depan Kaabah,” kongsinya di laman Facebook.

Terdahulu, anak mantan Ahli Parlimen Pekan itu, Nooryana Najib yang juga Exco Puteri UMNO mendedahkan bapanya ada memberitahu adik beradik yang beliau ingin berbuka puasa bersama keluarga selepas keputusan mahkamah dibuat, sebelum dibawa pulang ke penjara.

Namun, hasrat Najib itu tidak kesampaian setelah Mahkamah Persekutuan pada 31 Mac lalu menolak permohonan beliau untuk mendapatkan kebenaran bagi menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan