25.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

PRN: Calon UMNO akan guna lambang dacing – Zahid

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

UMNO akan menggunakan lambang dacing bagi calon-calon parti itu yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) membabitkan enam negeri tidak lama lagi.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti-parti lain dalam Kerajaan Perpaduan pula akan menggunakan lambang pilihan masing-masing bagi calon mereka.

Beliau berkata, walaupun menggunakan lambang berbeza, parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan akan menjalinkan kerjasama yang baik.

“Kita telah mengambil keputusan bahawa UMNO tetap akan menggunakan lambang dacing, lambang Barisan Nasional (BN), manakala parti-parti lain di dalam Kerajaan Perpaduan pula guna lambang masing-masing.

“Namun, kita  bergerak sebagai satu jentera, kebersamaan  antara parti-parti dalam jajahan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Santunan Kasih Ramadan di Masjid Al-Ansar, Kem Sri Pantai, Seberang Takir, Terengganu malam tadi.

Advertisements

Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, perbincangan mengenai pengagihan kerusi secara formal pula belum dilakukan lagi.

“Agihan kerusi itu akan dilakukan tidak lama lagi untuk persediaan awal kerana PRN semakin hampir,” ujarnya.

Sebelum ini, enam negeri sepakat membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada dua minggu terakhir Jun depan bagi memberi laluan kepada PRN.

Enam negeri tersebut ialah Selangor,  Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan Terengganu. 

-EDISI9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan