26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Tourism Malaysia tawar 50 promosi pelancongan minat khas

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

LEMBAGA Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) menawarkan promosi jualan 50 pakej pelancongan berteraskan segmen pelancongan minat khas pada tawaran harga istimewa do portal www.malaysia.travel.

Ketua Pengarah Tourism Malaysia berkata, Datuk Zainuddin Abdul Wahab berkata, promosi sempena sambutan ke-50 tahun agensi itu menawarkan tema angka 50 seperti diskaun 50 peratus, harga RM50, RM50.50 serta pelbagai penawaran lain.

Katanya, penawaran pakej pelancongan minat khas itu seiring dengan tren pelancongan terkini pelancong yang lebih cenderung memilih produk berasaskan pelancongan pengalaman.

“Secara keseluruhannya, tawaran promosi ini melibatkan 32 pakej kembara dan alam semula jadi, tujuh pakej di bawah gaya hidup, enam pakej budaya dan warisan serta lima pakej aktiviti marin dan sukan pelancongan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sementara itu, orang ramai boleh membuat tempahan pakej untuk aktiviti kembara, penerokaan gua, merentas hutan, berkayak, berbasikal, berkhemah, karavan, selam skuba, golf, agropelancongan dan inap desa.

Advertisements

Selain itu, tempahan juga boleh dibuat untuk aktiviti pencerapan burung (birdwatching), white water rafting, waterfall abseiling, jet ski excursion, rock climbing, nature walk, night safari, river cruise dan animal sighting.

Dalam pada itu beliau berkata, pakej yang ditawarkan turut merangkumi aktiviti jejak warisan, bergembira di taman tema, lawatan ke muzium serta rawatan spa.

Katanya, tawaran pakej sah sehingga 10 Ogos 2023 untuk perjalanan bermula dari 20 Februari 2023 sehingga 31 Mac 2024.

“Penawaran pakej tersebut mendapat kerjasama sepenuhnya daripada 21 agensi pelancongan berdaftar serta empat pengusaha produk pelancongan seperti spa dan inap desa di seluruh Malaysia,” katanya.

E-Risalah mengenai tawaran tersebut boleh didapati di sini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan