31.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Kajian dedah Malaysia bakal ketandusan bakat akauntan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KAJI Selidik Trend Bakat Global 2023 terbaharu ACCA (Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun) mendedahkan Malaysia bakal berhadapan dengan senario ketandusan bakat dalam dunia pekerjaan sebagai akauntan.

Ketua Portfolio, ACCA Maritim Asia Tenggara, Andrew Lim berkata, usaha menarik minat generasi akan datang bagi kerjaya akauntan Malaysia adalah penting untuk pembentukkan ekonomi yang sihat.

“Kaji selidik ini memastikan suara mereka yang sedang belajar dan bekerja di dalam kerjaya ini didengari, dan jaminan bahawa kerjaya ini membantu mewujudkan persekitaran kerja di mana kemajuan untuk profesional dan keberadaan bakat (akauntan) akan datang,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Untuk rekod, sempena kaji selidik berkenaan, lebih 8,400 akauntan profesional dari 148 negara, termasuk Malaysia, telah ditanya mengenai kebimbangan mereka mengenai kerjaya itu di masa hadapan selain aspirasi untuk kerjaya mereka.

Kaji selidik berkenaan juga menilai isu-isu utama tempat kerja seperti hubungan kakitangan, kesejahteraan dan sikap terhadap guna pakai teknologi.

Kaji selidik ACCA mengetengahkan ketandusan bakat bagi majikan di mana mereka bertungkus-lumus mengekalkan kakitangan yang memiliki cita-cita pergerakan kerjaya yang besar dan kehendak untuk peranan seterusnya bagi diri mereka.

Di Malaysia, 36 peratus profesional kewangan mahu beralih kepada peranan lain dalam tempoh 12 bulan akan datang, dan sebanyak 29% dalam tempoh dua tahun akan datang.

Advertisements

Bagaimanapun, dapatan kajian menunjukkan bahawa kerjaya di dalam bidang akauntan kekal suatu pilihan bijak bagi mereka yang mencari prospek pekerjaan jangka panjang dan kemungkinan untuk berterusan meraih kemahiran baharu.

Selain itu, dapatan kajian mendapati, kebimbangan terbesar bagi kakitangan kewangan di Malaysia ialah senario inflasi yang akan mengurangkan gaji sebenar mereka; kesejahteraan atau kesihatan mental; kekurangan peluang pembangunan kerjaya; tidak memiliki kemahiran berkaitan untuk masa hadapan dan risiko kemerosotan ekonomi global yang akan memberi impak terhadap peluang pekerjaan

Selain itu, bekerja secara hibrid masih `sesuatu yang sedang dilaksanakan’ di Malaysia dengan 58 peratus responden menyatakan bahawa mereka kembali bekerja di pejabat sepenuh masa.

Sementara itu, Ketua Kemahiran, Sektor dan Teknologi ACCA, Jamie Lyon berkata, majikan berdepan dengan kemungkinan ketandusan bakat, mengguna pakai dan bereksperimen dengan kaedah baharu bekerja di kalangan seluruh tenaga kerja.

“Pembangunan kerjaya dan remunisasi adalah dua faktor tarikan paling utama kepada sesebuah organisasi, namun dua bidang itu juga yang paling berpengaruh ke atas keputusan kakitangan untuk berhenti kerja,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan