32.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Dapatan kajian semakan Akta Pengemis selesai September ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KAJIAN semakan bagi menambah baik Akta Orang-Orang Papa 1977 dalam usaha menangani isu pengemis dijangka selesai September ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.

Beliau berkata Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan mengumumkan dapatan kajian itu serta langkah seterusnya yang akan diambil bagi meminda akta tersebut.

“Sekarang masih dalam peringkat kajian… Kita juga sedang menambah baik akta berkaitan warga emas sebab itu perlu dilihat secara menyeluruh kesemua akta yang kita nak pinda itu,” katanya kepada pemberita selepas Program Rahmah Ramadan bersama penghuni Desa Bina Diri (DBD) di sini hari ini.

Advertisements

Nancy juga berkata pihaknya akan mempertimbang keperluan menjalin kerjasama dengan Kementerian Kesihatan bagi mengendali penghuni DBD yang dikategori sebagai pesakit mental.

Ia berikutan statistik DBD Kuching menunjukkan bahawa setakat ini, sejumlah 63.1 peratus atau 24 penghuninya adalah pesakit mental yang mendapat rawatan susulan di Hospital Sentosa.

Selain Kuching, terdapat empat lagi institusi yang menempatkan kes orang papa termasuk pengemis iaitu DBD Mersing di Johor, DBD Jerantut (Pahang), DBD Kota Kinabalu (Sabah) dan Pusat Sehenti Bina Diri Sungai Buloh (Selangor).- BERNAMA

Advertisements

Terkini

PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertembungan empat penjuru

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Khairul Azhari Saut...

Lagi Artikel Berkaitan