26.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Makcik cari rezeki pakai maskot dapat hadiah motosikal

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG wanita warga emas yang sebelum ini tular di media sosial mencari rezeki dengan memakai maskot pada waktu malam telah mengusik hati banyak pihak.

Bahkan, ada juga warganet yang berasa sedih serta beranggapan dalam usia seperti itu, wanita berkenaan sewajarnya berehat sahaja di rumah.

Bagaimanapun, kisah di sebalik kehidupan wanita warga emas berkenaan akhirnya dapat dikongsikan kepada umum.

Pendakwah terkenal, Ebit Lew menjejaki wanita warga emas berkenaan yang tular kisahnya menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook, dikenali sebagai Roslan Salleh.

Roslan memuat naik beberapa keping gambar warga emas berkenaan ketika berada di Bazar Malam Wangsa Maju.

Kelihatan sesekali warga emas terbabit keletihan dan membuka ‘maskot’ dipakainya untuk menghirup udara segar ketika dalam kepayahan mencari rezeki.

Ujar Ebit, dia merasa sebak apabila terbaca kisah makcik berusia 66 tahun ni yang waktu malam mencari rezeki dengan menjadi maskot.

Advertisements

“Hidup berdua dengan suami tiada anak. Tiada kenderaan kereta atau motor. Naik lrt untuk bergerak kemana-mana. Sampai lewat malam di Uptown Danau Kota.

“Hadiahkan motor untuk makcik ni. Makcik gembira. Katanya tak pernah dapat hadiah begini. Ustaz kenapa baik pada makcik ni. Terima kasih ustaz.

“Makcik orang baik minta makcik doakan saya. Itu sahaja. Bulan ini doa makbul,” katanya dalam Facebook hari ini.

Ebit turut mendoakan agar Allah SWT menjaga makcik berkenaan.

“Allah sayang makcik. Kuatnya makcik di ketika usia begini mencari rezeki. Lembut dan baik je makcik ni,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan