31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Penunggang motosikal maut, langgar pembahagi jalan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG penunggang motosikal maut selepas motosikal yang ditunggang terbabas melanggar batu pembahagi jalan di Kilometer (KM) P2.3 jalan Lingkaran Putrajaya menghala ke Plaza Tol Putrajaya, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa Nur Al’Arifin 33, yang bekerja di syarikat swasta meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, siasatan awal mendapati mangsa dari arah Kota Warisan menghala ke Shah Alam untuk ke tempat kerja.

“Sampai di tempat kejadian mangsa dipercayai telah terbabas dan melanggar batu pembahagi jalan di tengah jalan raya.

Advertisements

“Mangsa di sahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan telah di hantar ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat,” katanya di sini.

Beliau berkata, siasatan punca kemalangan masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Saksi bebas yang melihat kemalangan tersebut diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat, Insp Noor Faizah di nombor 0138024605 untuk menyalurkan maklumat,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

‘Oppa’ adaptasi kisah guru jadi mangsa ‘Love Scam’

TIDAK dinafikan kes yang membabitkan jenayah scam sememangnya cukup serius sehingga mangsa ditipu dan mengalami kerugian dari segi wang ringgit. Kejadian...

Lagi Artikel Berkaitan