27.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Lebih 90 rumah di Sandakan musnah terbakar

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

LEBIH 90 buah rumah setinggan di perkampungan atas air di Kampung Cenderamata, Batu Sapi, Sandakan, Sabah musnah terbakar pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, dianggarkan lebih 400 mangsa terlibat.

Menurut Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek, api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 7.48 pagi.

“Kebakaran tidak membabitkan kemalangan jiwa atau kecederaan. Semua mangsa ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lupak Meluas, Batu Sapi.

“Pendaftaran masih dijalankan dan kaunter laporan polis turut dibuka di PPS terbabit bagi memudahkan membuat laporan polis,” katanya hari ini.

Advertisements

Ujar Abdul Fuad lagi, punca dan anggaran kerugian bagaimanapun masih dalam siasatan.

Menurutnya, punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Operasi memadam kebakaran membabitkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB). 

-EDISI9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan