Thursday, July 23, 2026

Banjir :Operasi di Balai Polis Panchor dihenti sementara

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BERIKUTAN paras air melebih bacaan dua meter, operasi di Balai Polis Panchor Muar, terpaksa dihentikan sementara.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, balai berkenaan diarahkan tutup kira-kira pada pukul 9 pagi selepas limpahan air semakin tinggi.

“Jadi sebarang urusan oleh penduduk kampung diminta untuk berhubung terus ke balai berhampiran.

“Laluan di kawasan sekitar balai juga ditutup kerana paras air semakin tinggi iaitu Jalan Muar – Labis, Kampung Jawa.

“Selain itu, turut ditutup adalah Jalan Muar – Labis, Jambatan Sungai Tui; Jalan Tekam Pagoh, Kebun Kelapa Sawit dan Jalan Durian Chondong, Jambatan Sungai Muar.

“Jalan Renchong – Gombang, Sungai Menchil; Jalan Kampung Liang Batu, Masjid Kampung Liang Batu dan Jalan Muar – Labis berhampiran pasaraya Speedmart Lenga juga kini ditutup,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, setakat petang ini, sebanyak 19 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka bagi seluruh Daerah Muar membabitkan seramai 3,278 orang daripada 952 keluarga. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan