26.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024

Tiga projek sekolah daif di Igan ditender semula

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TIGA projek pembangunan semula bangunan daif di sekolah di kawasan Igan yang melibatkan Sekolah Kebangsaan Kpg. Tebaang Daro, Sekolah Kebangsaan Kpg. Pergau, Mukah dan Sekolah Kebangsaan Bawang Tian, Mukah, ditender semula.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, berdasarkan kepada tawaran yang diterima, kesemua penender mengemukakan tawaran harga melebihi kos yang diluluskan.

“Sehubungan itu, Lembaga Perolehan Persekutuan Sarawak (LPPS) yang diberikuasa telah memutuskan agar projek ini ditender semula memandangkan pelaksanaan pembinaan projek terbabit adalah menerusi pelawaan tender,”katanya.

Beliau berkata demikian bagi Pertanyaan Lisan Dewan Rakyat dari Ahmad Johnie Zawawi (Igan) pada Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua Parlimen Ke-15 2023 di Dewan Rakyat hari ini.

Johnie memohon KPM memaklumkan sejauh manakah pelaksanaan projek-projek baik pulih sekolah daif di Sarawak dan status pembinaan S. K. Kpg.
Tebaang Daro, S. K. Kpg. Pergau Matu dan S. K. Bawang Tian Matu di
Parlimen Igan sehingga kini.

Advertisements

Fadhlina berkata, sebanyak 361 projek menaik taraf dan membangunkan semula bangunan daif di sekolah seluruh Sarawak telah diluluskan dengan kos projek sebanyak RM2.157 bilion bagi tempoh tahun 2016 sehingga 2022.

“Sehingga 31 Januari 2023, sebanyak 216 projek telah siap sepenuhnya, 57 projek berada di peringkat pembinaan dan 88 projek di peringkat prabina.

“Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa komited dalam menyediakan infrastruktur pendidikan yang selamat dan kondusif untuk kegunaan murid dan warga sekolah di seluruh negara termasuk negeri Sarawak,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan