26.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Politik: Kandungan sedia ada, murid peroleh pengetahuan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pendidkan Malaysia (KPM) berpandangan pelaksanaan kandungan kurikulum dan aktiviti kokurikulum sedia ada membolehkan murid memperoleh pengetahuan, pemahaman serta penghayatan tentang pendidikan politik dan perlembagaan persekutuan.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, KPM yakin bahawa pengetahuan dan penghayatan tersebut boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian serta dapat mempersiapkan murid untuk melaksanakan hak dan tanggungjawab mereka kepada negara.

“Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kandungan yang berkaitan
pilihan raya telah dimasukkan secara khusus dalam mata pelajaran Sejarah
dan elemen berkaitan pilihan raya dilaksanakan dalam pendidikan sivik serta
aktiviti kokurikulum.

“Ini sebagai usaha membentuk karakter murid menjadi warganegara yang
bertanggungjawab dan cinta akan negara, bermula dari sekolah rendah,
murid diajar mengenai Perlembagaan Persekutuan dan tanggungjawab
rakyat kepada negara.

“Ini termasuk latar belakang pengetahuan asas sejarah negara melalui tema “Sejarah Awal Negara, Kedaulatan Negara dan Kemakmuran Negara Kita”,”katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab Pertanyaan Lisan Dewan Rakyat dari Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng (Tanjung Piai) pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Ke-15 di Dewan Rakyat hari ini.

Advertisements

Jeck Seng meminta Menteri KPM menyatakan tahap kesediaan Kementerian untuk memperkenalkan subjek pilihan raya atau memasukkan elemen Undi18
dalam mata pelajaran di peringkat sekolah menengah seperti yang dituntut oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP).

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, selaras dengan kematangan usia dan tahap pengetahuan, murid sekolah menengah didedahkan dengan lebih mendalam tentang politik melalui tema “Sejarah Kita dan Dunia, Warisan Bangsa, Kedatangan Kuasa Asing, Pembinaan Negara serta Malaysia dan Masa Hadapan”.

“Ini adalah bertujuan supaya murid memahami kepentingan peranan mereka sebagai warganegara yang bertanggungjawab untuk mengekalkan keharmonian dan kestabilan negara.

“Bagi memupuk kesedaran politik melalui aktiviti kokurikulum pula, KPM menjalin kerjasama dengan Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen), bagi melaksanakan pelbagai aktiviti patriotisme melalui Kelab Malaysiaku.

“KPM turut menyokong program yang dianjurkan oleh Jabatan Perpaduan
Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) melalui Kelab Rukun Negara yang merangkumi pelbagai aktiviti berteraskan kepada pengukuhan pengetahuan, pemahaman, penghayatan dan pengamalan Rukun Negara,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan