33 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Musim meroyan dalam kalangan bekas pemimpin UMNO

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi secara sindiran mengatakan musim meroyan dapat dilihat berlaku kini membabitkan bekas-bekas pemimpin UMNO.

Beliau berkata, mereka yang digantung dan dipecat oleh parti kini semakin meroyan.

Bagaimanapun, Mohd Puad menyoal kembali kenapa perkara itu berlaku.

“Kenapa? Supaya ‘market value’ diri mereka lagi mahal.

Malah menurut beliau, mereka yang mahu dirinya dipecat lagi kuat meroyan.

Advertisements

“Lobi tawaran terbaik. Ada yang dapat tawaran calon pilihan raya negeri (PRN), bakal menteri besar, DJ (juruhebah)dan penasihat.

“Mereka puas kalau parti asalnya porak-poranda,” katanya secara sindiran dalam hantaran Facebook hari ini.

Pada 27 Januari lalu, MKT UMNO memutuskan untuk memecat seramai 42 ahlinya.

Antara yang dipecat ialah bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan bekas Ketua UMNO Bahagian Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar.

Pemimpin-pemimpin UMNO yang digantung selama enam tahun termasuk Ketua UMNO Bahagian Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Sufian Hamdan; Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang dan Ketua UMNO Bahagian Jempol, Datuk Seri Salim Shariff. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sejauh mana kebebasan universiti dimanfaatkan mahasiswa?

Oleh DR ABDUL MUQIT MUHAMAMMAD KEBEBASAN akademik merupakan roh yang menghidupkan masyarakat universiti. Tanpa kebebasan akademik, masyarakat universiti tidak akan...

Lagi Artikel Berkaitan