30 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 9, 2024

Kerja-kerja pelebaran KLK jadi agenda perbincangan KKR

Ini bagi menampung trafik yang tinggi serta menangani masalah kesesakan lalu lintas di lebuh raya ke Pantai Timur.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERJA-kerja pelebaran Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) membabitkan laluan dari Tol Plaza Gombak ke Tol Plaza Bentong menjadi agenda perbincangan Pasca Kabinet bersama pasukan Kementerian Kerja Raya (KKR) hari ini.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pelebaran KLK itu akan turut melibatkan pembinaan lorong tambahan dan satu terowong baru di Genting Sempah.

“Ini bagi menampung trafik yang tinggi serta menangani masalah kesesakan lalu lintas di lebuh raya ke Pantai Timur.

Advertisements

“Perkara itu menjadi agenda mesyuarat Pasca Kabinet bersama pasukan KKR usai mesyuarat Kabinet di Putrajaya di samping menyampaikan segala amanat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada pasukan kementerian,” katanya.

Ujar beliau, selain dari itu, KKR turut melaksanakan kerja-kerja tebatan banjir di Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) yang telah dimulakan sejak 1 Oktober tahun lalu.

“Usaha ini diambil bagi menangani kejadian banjir yang sering kali melanda lebuhraya ini,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Dua helikopter TLDM terhempas dalam keadaan ‘airworthy’

DUA helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Lumut ketika raptai lintas hormat sempena Hari TLDM Ke-90...

Lagi Artikel Berkaitan