33.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

Individu terlibat rusuhan di Ipoh dalam video tular dikesan polis

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS kini mengesan individu yang terlibat dalam satu video tular yang memaparkan kekecohan di luar sebuah bangunan di Jalan Sultan Idris Shah di Ipoh, Perak.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, kejadian yang tular menerusi aplikasi WhatsApp itu dipercayai berlaku pada malam kelmarin.

Menurutnya, satu laporan polis berkaitan kes itu telah dibuat dengan kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

“Kita sedang mengesan individu-individu yang terlibat dalam kejadian itu bagi membantu siasatan.

Advertisements

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat juga diminta tampil bagi membantu siasatan pihak polis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial video berdurasi 23 saat yang memaparkan sekumpulan individu bergaduh di luar bangunan Seri Kinta di Jalan Sultan Idris Shah.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khaled jawab isu syarikat bekal senjata Israel sertai DSA/NATSEC

MENTERI Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menjawab isu berhubung desakan segelintir pihak yang tidak senang dengan kehadiran syarikat-syarikat...

Lagi Artikel Berkaitan