27.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

MB Pahang, rakyat doakan kesembuhan Pemangku Raja Pahang

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MENTERI Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mendoakan agar Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dikurniakan oleh Allah SWT kesembuhan dan kembali sihat seperti sediakala.

Beliau berkata, anggota Kerajaan Negeri akan sentiasa memastikan negeri dan rakyat jelata dalam keadaan sejahtera dan terpelihara.

“Patik dan seluruh rakyat jelata Negeri Pahang mendoakan semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dikurniakan oleh Allah SWT kesembuhan dan kembali sihat seperti sediakala selepas menjalani pembedahan di Singapura.

“Patik dan sekelian pacal-pacal anggota Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku akan sentiasa memastikan negeri dan rakyat jelata dalam keadaan sejahtera dan terpelihara,” katanya dalam Facebook hari ini.

Advertisements

Hantaran berkenaan mendapat pelbagai reaksi dari warganet khususnya rakyat Pahang.

Rata-rata mendoakan agar Tengku Hassanal cepat sembuh dan terhindar dari sebarang kemudaratan.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan