33.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Ismail Sabri sedia bangkit isu pengeluaran KWSP di Parlimen

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan kesediaan beliau membangkitkan isu pengeluaran KWSP secara bersasar sewaktu perbahasan di Parlimen akan datang.

Ismail Sabri berkata, beliau terdahulu menerima penyerahan memorandum daripada Pertubuhan Warisan Rakyat Prihatin berkenaan tuntutan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar.

Menurutnya, beliau bersedia membangkitkan isu pengeluaran KWSP secara bersasar sewaktu perbahasan di Parlimen yang akan berlangsung bulan ini.

“Saya menerima kunjungan dari Pertubuhan Warisan Rakyat Prihatin di pejabat petang semalam.

Advertisements

“Mereka menyerahkan memorandum pengeluaran KWSP bagi menuntut pengeluaran secara bersasar untuk menangani kos sara hidup yang semakin meninggi.

“Terima kasih Pertubuhan Warisan Rakyat Prihatin atas pertemuan ini dan diharap terus menjadi mata dan telinga rakyat serta sentiasa peka dengan keperluan rakyat di negara ini,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata kerajaan perlu mempertimbang nasib dan masa depan pencarum sebelum membenarkan pengeluaran sekali lagi simpanan KWSP.

Beliau berkata, adalah lebih baik kerajaan mencari jalan dan kaedah lain yang lebih berkesan dalam membantu rakyat yang terjejas akibat kehilangan pekerjaan sebelum ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan