31.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Cadangan sesi persekolahan 8 pagi bukan keutamaan KPM kini

Kita mendengar tapi pastinya kita juga nak dengar pandangan daripada ibu bapa dan semua pemegang taruh pendidikan.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CADANGAN sesi persekolahan bermula jam 8 pagi bukan menjadi keutamaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) buat masa ini.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, terdapat banyak lagi isu lain yang perlu didahulukan, namun beliau memberi jaminan pandangan itu tetap akan diberi perhatian.

“Kita mendengar tapi pastinya kita juga nak dengar pandangan daripada ibu bapa dan semua pemegang taruh pendidikan.

“Pandangan itu kita ambil tapi kita juga harus lihat keseluruhan pandangan. Yang saya pasti, pandangan-pandangan itu kita ambil kira.

“Cuma hari ini tiada ketetapan yang kita buat berkaitan itu,” katanya seperti dilapor Astro AWANI.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Seminar Perdana Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) hari ini.

Advertisements

Dalam pada itu, ketika ditanya berkenaan cadangan NUTP supaya KPM menawarkan semula jawatan guru sandaran, Fadhlina memberi jaminan kementerian sedang meneliti isu tersebut sebaik-baiknya.

“Ia sebenarnya berkait rapat dengan satu isu lebih besar iaitu kekurangan guru yang selama ini jadi isu yang melibatkan kepentingan murid.

“Kita tahu, kekurangan guru akan beri kesan yang cukup besar.

“Dalam komitmen KPM, saya dah maklumkan sebelum ini di Sarawak, 50 peratus penempatan guru akan disiapkan sebelum Mac sebelum pembukaan sekolah.

“Manakala negeri-negeri lain, kita akan uruskan dengan segera,” ujarnya.

Tambah beliau, terdapat beberapa status berkaitan guru sandaran dan KPM akan meneliti semuanya dalam usaha menyelesaikan isu kekurangan guru.

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan