30.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Op Limau: 137 serbuan, 904 individu ditangkap seluruh negara

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 904 individu terbabit aktiviti perjudian ditangkap dalam 137 serbuan Op Limau di seluruh negara bagi tempoh 15 hingga 29 Januari lalu.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, jumlah itu membabitkan kategori judi dalam bangunan dan judi luar bangunan dengan nilai rampasan sebanyak RM513,793.

Menurutnya, judi dalam bangunan merekodkan 650 tangkapan menerusi 86 serbuan dengan nilai rampasan RM440,647, manakala judi luar bangunan mencatatkan 254 tangkapan dalam 51 serbuan membabitkan (nilai) rampasan RM73,146.

“Bagi judi dalam bangunan, Selangor mencatatkan jumlah tangkapan, serbuan dan rampasan tertinggi iaitu 134 individu ditahan menerusi 17 serbuan dengan (nilai) rampasan RM179,639 .

“Sementara itu, Sarawak merekodkan jumlah tangkapan tertinggi bagi judi luar bangunan iaitu seramai 59 orang dengan rampasan tertinggi pula direkodkan di Pulau Pinang iaitu (nilai rampasan) sebanyak RM29,159,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Advertisements

Noorsiah berkata, kedua-dua kategori kegiatan perjudian itu disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953 dan Seksyen 7(1) akta sama.

Menurutnya, Op Limau dijalankan selama 15 hari di seluruh negara bagi membanteras aktiviti perjudian dalam bangunan dan tempat terbuka sempena Tahun Baharu Cina.

“PDRM akan mengambil tindakan tegas kepada individu yang menganjur dan menjalankan pertaruhan berlandaskan undang-undang dalam usaha menangani aktiviti perjudian.

Sehubungan itu orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kegiatan perjudian boleh menghubungi Hotline WhatsApp Op Limau di talian 016-5773477 untuk tindakan lanjut.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Guru bersahsiah mulia asas pendidikan berkualiti

Oleh DZULFAIDHI HAKIMIE DZULRAIDI GURU sebagai agen utama sistem pendidikan memegang peranan yang penting dalam membentuk generasi akan datang. Namun, menjadi...

Lagi Artikel Berkaitan