25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Konvoi motosikal dari Singapura nyaris dihanyut banjir – Polis

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KONVOI motosikal berkuasa tinggi dari Singapura berdepan detik cemas apabila beberapa motosikal yang dinaiki hampir dihanyutkan banjir di Jalan Nitar, Mersing, Johor, hari ini.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintenden Abdul Razak Abdullah Sani berkata, dalam kejadian pada tengah hari itu, konvoi berkenaan dalam perjalanan dari Mersing ke Kluang menuju ke Kuantan, Pahang.

Menurutnya, setakat ini tiada laporan polis diterima berkaitan kejadian itu.

“Konvoi enam buah motosikal berkuasa tinggi itu dari arah Mersing ke arah Kluang. Ketika tiba di lokasi motosikal yang ditunggang ada yang rosak.

“Kumpulan konvoi itu telah dibantu oleh anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang membuat tugasan di tugasan banjir di kawasan Kampung Jamari, Mersing.

Advertisements

“Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku. Konvoi terbabit meneruskan perjalanan dengan bantuan trak penunda,” katanya seperti dilaporkan media hari ini.

Sebelum itu tular video berdurasi 27 saat memaparkan beberapa individu menyelamatkan sebuah motosikal berkuasa tinggi yang dipercayai hanyut ketika cuba meredah jalan yang dinaiki air banjir.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan