31.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

Puad Zarkashi dilantik Timbalan Pengerusi Tetap UMNO

Menggantikan Allahyarham Datuk Seri Rizuan Abd Hamid yang meninggal dunia pada 20 Mei lalu akibat Covid-19.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AHLI Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi telah dipilih sebagai Timbalan Pengerusi Tetap parti itu berkuat kuasa serta-merta.

Usul bagi memilih Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit itu dikemukakan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur hari ini.

Usul tersebut kemudian disokong dan diluluskan secara sebulat suara oleh seluruh perwakilan.

Advertisements

Pelantikan Mohd Puad yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor bagi menggantikan Allahyarham Datuk Seri Rizuan Abd Hamid yang meninggal dunia pada 20 Mei lalu.

Rizuan yang juga Ketua UMNO Bahagian Kepong meninggal dunia selepas disahkan dijangkiti COVID-19. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khaled jawab isu syarikat bekal senjata Israel sertai DSA/NATSEC

MENTERI Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menjawab isu berhubung desakan segelintir pihak yang tidak senang dengan kehadiran syarikat-syarikat...

Lagi Artikel Berkaitan