27.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Malaysia perlu bebas daripada ketamakan elit penguasa – Anwar

Mesti Baca

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Malaysia perlu bebas daripada ketamakan elit penguasa dan petinggi politik memunggah dan menggondol kekayaan serta khazanah negara untuk tembolok sendiri.

Anwar berkata, beliau tidak akan berkompromi dalam soal tersebut meskipun terpaksa merisikokan kedudukannya.

“Kita sudah lelah dengan watak-watak yang menjerit perjuangkan Islam tetapi mengkhianati tanggungjawab yang diamanahkan dan menggunakan kuasa untuk merampas hak yang bukan milik mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sesi dialog dan makan malam bersama diaspora Malaysia di Jakarta, Indonesia malam tadi.

Hadir sama Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta Menteri Perdagangan Antrabangsa dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Anwar berkata, beliau berhasrat untuk memartabatkan golongan miskin tanpa mengira bangsa atau agama sambil memperteguh hak serta keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera.

Advertisements

“Walaupun kebimbangan utama saat ini adalah terkait pembangunan ekonomi dan pengagihan kekayaan kepada semua, tetapi mustahil untuk memberi tumpuan kepada aspek itu selagi rasuah terus menghantui koridor kuasa,” kata Perdana Menteri.

Sementara itu, Anwar berkata, suatu perbincangan khas dalam kalangan jemaah menteri akan diadakan bagi menentukan dan mendengar input mereka selepas sebulan berkhidmat.

Hasil daripada perbincangan tersebut, Perdana Menteri berkata, beliau akan membuat pengumuman mengenai prestasi dan KPI serta mengemukakan sasaran selanjutnya daripada setiap menteri.

Anwar dan isteri, Datin Seri Wan Azizah Ismail kini berada di Jakarta dalam rangka lawatan rasmi dua hari ke negara jiran tersebut.

Ini merupakan lawatan pertama beliau ke luar negara sejak dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10 pada November lalu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan