Thursday, June 4, 2026

Agong, Anwar adakan mesyuarat Pra-Kabinet pertama

Turut dimuat naik tiga keping gambar menunjukkan Perdana Menteri mengadakan perbincangan dengan Seri Paduka.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mesyuarat Pra-Kabinet hari ini.

Istana Negara dalam kenyataan berkata, sesi mesyuarat itu berlangsung selama 45 minit bermula 4.15 petang.

“Sesi ini juga adalah yang pertama buat Anwar selepas beliau mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Ke-10 pada 24 Nov lalu,” menurut kenyataan itu.

Mesyuarat Pra-Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Seri Paduka untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama Perdana Menteri berkenaan urusan serta isu berkaitan kerajaan.

-EDISI9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan