27.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Tengku Zafrul senator bagi penggal kedua

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MENTERI Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata beliau akan menjalankan tugas sebagai seorang senator dengan penuh amanah dan integriti.

Katanya beliau akan turut memastikan suara rakyat terus diangkat di Dewan Negara demi menjamin kesejahteraan dan kemakmuran semua kaum, agama dan bangsa.

“Hari ini, saya telah diberikan amanah untuk menggalas tanggungjawab sebagai Ahli Dewan Negara bagi penggal kedua.

“Ini adalah sebuah tanggungjawab yang besar, terutamanya ketika Malaysia perlu meneruskan momentum pemulihan kita pasca-COVID,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Advertisements

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas tanggungjawab berat yang diberikan.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO dan pucuk pimpinan parti.

“InsyaAllah, dengan izinNya, saya akan menjalankan tugas sebagai seorang senator dengan penuh amanah dan integriti, serta memastikan suara rakyat terus diangkat di Dewan Negara demi menjamin kesejahteraan dan kemakmuran semua kaum, agama dan bangsa, InsyaAllah,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan