29.6 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Judi Piala Dunia: Lebih RM3 juta had kredit dirampas

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS berjaya merampas sejumlah RM 3,177,293 had kredit di dalam perisian menerusi Ops Soga IX yang dilancarkan sepanjang 19 November hingga 21 Disember di seluruh negara.

Operasi itu dilakukan susulan usaha mengekang aktiviti judi dan pertaruhan sepanjang kejohanan bola sepak Piala Dunia Qatar 2022.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Noorsiah Saaduddin berkata, Ops Soga IX memfokuskan usaha mencegah dan membanteras kegiatan catit taruh tanpa lesen yang sah.

“Sepanjang operasi dijalankan, sebanyak 129 serbuan dilakukan di seluruh negara membawa kepada penangkapan 152 individu yang terlibat dengan aktiviti perjudian ini.

“Hasil serbuan membawa kepada rampasan RM3,177,293 had kredit di dalam perisian serta wang tunai bernilai RM113,140, SGD500, dan HKD356,940,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisements

Dalam pada itu, menurut Noorsiah, polis turut rampas beberapa komputer, komputer riba, tablet, telefon bimbit, router, simkad, dan helaian kertas mempunyai catatan disyaki untuk pertaruhan.

“Selangor merekodkan tangkapan tertinggi dengan 38 individu ditahan menerusi 38 serbuan yang dilakukan diikuti Johor (29 bookie), Pulau Pinang (18), Sarawak (15), Kedah (12), Negeri Sembilan (11), Kuala Lumpur (7), Pahang (6), Sabah (6), Melaka (4), Perak (3), Kelantan (2) dan Terengganu (1),”katanya.

Beliau berkata, kesemua yang ditangkap akan disiasat dibawah Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953, Seksyen 6(1) Akta Pertaruhan 1953, Seksyen 4(1)(d) Akta Pertaruhan 1953 dan Seksyen 4(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Tegas beliau, PDRM akan mengambil tindakan tegas kepada individu yang menganjurkan dan menjalankan pertaruhan, berlandaskan undang-undang sedia ada dalam usaha menangani aktiviti perjudian. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Henti ‘troll’ melampau terhadap pemain, pasukan bola sepak

SEJAK akhir-akhir ini wujud beberapa akaun media sosial yang sengaja memuatkan hantaran-hantaran bersifat menyindir (troll) yang melampau terhadap pemain...

Lagi Artikel Berkaitan